| NASI LEMAK |
| PULUT IKAN TAMBAN |
Mungkin jika kita lihat sarapan pagi yang diambil oleh para petani ini adalah agak tidak bersesuaian di waktu pagi, tetapi untuk pengetahuan semua kerja-kerja yang perlu dilakukan di sawah padi adalah tidak semudah yang kita sangkakan.
Bangcik sendiri sebagai seorang anak petani di negeri Kedah ini telah merasai sendiri betapa susahnya untuk menguruskan sesuatu tapak semaian anak padi.
Jadi harapan Bangcik kepada semua, kita jangan lupa untuk menghargai jasa-jasa petani kepada negara kita dan juga seluruh sanak saudara kita. Hal ini kerana dengan adanya golongan petani yang menghasilkan beras inilah kita dapat meneruskan hidup sehingga hari ini.
